Jalan cerita The_Castaways_on_Gilligan's_Island

Filem ini meneruskan penceritaan Rescue From Gilligan's Island. Mereka terdampar semula di Pulau Gilligan. Gilligan (lakonan Bob Denver telah terlanggar dengan dua buah kapal terbang yang tersembunyi di dalam hutan (mereka membaiki kapal tersebut sepanjang berada di pulau terbabit) dan Professor (lakonan Russell Johnson) percaya bahawa mereka boleh menggabungkan kedua-dua kapal terbang terbabit menjadi satu dan membawa mereka pulang.

Walau bagaimanapun, sewaktu cuba terbang ke Hawaii,enjin kapal terbang tersebut mendapat masalah. Professor mengarahkan Gilligan membuang beberapa barang muatan untuk mengurangkan berat, dan Gilligan telah terjatuh. Mereka sekumpulan bersetuju untuk kembali ke pulau dan menyelamatkan Gilligan. Gilligan ditemui tersangkut di atas pokok. Beberapa ketika kemudia, enjin kapal terbang tersebut jatuh dan rosak. Mereka bernasib baik kerana enjin tersebut jatuh sewaktu mereka telah mendarat di pulau. Mereka hanya menantikan tentera laut Amerika Syarikat sebagai jalan terakhir. Dan mereka bernasib baik kerana tentera laut Amerika Syarikat berkata mereka berjaya mengesan kapal terbang mereka untuk menjejaki mereka.

Setahun kemudian, pulau tesebut dimajukan dan menjadi milik Mr. Howell (lakonan Jim Backus).